Simposium Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) Mengenai Transformasi Keselamatan Tahun 2025: "AI For KDN, KDN For AI"s
13 November 2025 | Aktiviti Terkini12 November 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Simposium Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) Mengenai Transformasi Keselamatan 2025 bertemakan "AI FOR KDN, KDN FOR AI". Simposium ini dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Objektif utama simposium ini adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam sektor keselamatan, ke arah integrasi serta adaptasi AI secara menyeluruh bagi mewujudkan ekosistem AI untuk keselamatan negara. Simposium ini juga melibatkan kolaborasi strategik antara pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi, universiti awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal industri. Seramai 1,000 peserta telah menghadiri program ini
KDN juga menjemput Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), MCMC sebagai pempamer dalam pameran reruai teknologi AI. Antara perkhidmatan dan produk digital berteraskan AI yang dipamerkan termasuk:
• Pameran Kits Tiny Techies – untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
• Video Mahir Pertanian Pintar
• Video Saringan Jantung AI
• Video Cybersecurity
• AI untuk Rakyat
• Pendaftaran Mydigital ID
Selain itu, NADI Putrajaya yang terdiri daripada NADI Presint 16, NADI Presint 18, NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 turut sertai sebagai pempamer reruai dalam program tersebut. Simposium telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: